BIMBINGAN BERKELOMPOK MLT (Middle Leader Team)

TAKLIMAT PERANAN GURU KANAN DAN KETUA PANITIA SMK MATU
 

Tarikh: 12.02.2020 (Rabu)
Masa: 3:00 - 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Matu
    
 


Sesi selama 2 jam yang dianjurkan oleh SMK Matu ini telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan di atas. Ia melibatkan 9 orang peserta iaitu Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Sains Sosial, ketua-ketua panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta penyelaras PLC (Professional Learning Community) . Program ini dibuat berkonsepkan perkongsian guru dan bermatlamat untuk mendedahkan para peserta tentang pengurusan panitia di sekolah yang merangkumi aspek peranan dan tugas ketua panitia di sekolah, tujuan penubuhan panitia, kecemerlangan panitia, rujukan panitia, pengurusan fail dan mesyuarat panitia. 

 Sesi ini telah dikendalikan oleh 2 orang Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) Pejabat Pendidikan Daerah Daro sebagai fasilitator jemputan dari iaitu Cikgu Mohammad Zulfadli dan Cikgu Siti Masmah. Meskipun tempoh perjumpaan ini agak singkat tetapi pengisiannya amat padat dengan input dan maklumat, sesuai bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah atas pengendalian sesi ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas jemputan dan layanan baik yang takzim dan penuh sopan santun oleh tuan rumah.










@SISC+ PPD DARO
13 Februari 2020

Post a Comment

0 Comments