INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK SMK MATU

SMK MATU
INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK

Intervensi ini merupakan Intervensi mingguan yg diadakan setiap pagi hari Khamis dari jam 0640 - 0700. Ini bertujuan untuk mengisi masa terluang sebelum mulanya PdPC. Intervensi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Intervensi untuk Menengah rendah dan Intervensi untuk Menengah atas. 

Bagi Menengah rendah, Intervensinya adalah "Bijak Sifir". Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mahir dalam Sifir. Malahan ada pelajar masih tidak hafal Sifir yang iaitu Sifir 2. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk pelajar Menengah rendah untuk mengasah hafalan Sifir mereka. Sifir merupakan tunjang kepada subjek Matematik. Tanpa Sifir, sukar untuk menguasai subjek Matematik.

  
Intervensi Menengah Rendah


Bagi Menengah atas pula, Intervensinya adalah "1soalan 1tingkatan". Program ini lebih kepada pendedahan pelajar kepada soalan peperiksaan awam iaitu soalan spm di mana pelajar akan diberi satu soalan untuk satu tingkatan. Jika pelajar sudah biasa dengan soalan tersebut, maka ia memudahkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut ketika soalan spm sebenar nanti. Soalan yang diberikan lebih kepada soalan yang pelajar boleh jawab iaitu soalan matematik kertas 2 bahagian B. Soalan dalam bahagian B merupakan markah yang terbesar dalam pembahagian markah iaitu satu soalan 12 markah. Pelajar akan menjawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Jika pelajar sudah menyiapkan soalan tersebut, perbincangan soalan tersebut akan dibuat ketika waktu PdPC Matematik. 
      
Intervensi Menengah Atas

Post a Comment

1 Comments