Ketahui bagaimana TS25 memangkin Murid UNGGUL

Program Transformasi Sekolah 2025 dan Rakan ELIT TS25


PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti suatu realiti.

Menjurus kepada dua aspek tersebut iaitu KEMENJADIAN MURID dan SEKOLAH BERKUALITI, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah mensasarkan beberapa sekolah untuk menjadi Sekolah TS25 secara berperingkat.

Sehingga kini, bagi daerah Daro, ada 4 buah sekolah seperti berikut:

KOHORT 3:
SK Camporan, Daro
SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro

KOHORT 4:
SK Hijrah Badong, Daro
SK Abang Gesa, Belawai

Kesemua sekolah tersebut telah diberikan latihan dan diupayakan Pemimpin / Pentadbir termasuklah Pemimpin Pertengahan dalam mengaplikasikan amalan terbaik pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan. Disamping itu, pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran turut diketengahkan selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.


BAGAIMANA MURID UNGGUL TERJANA?

TS25 dapat menghasilkan murid unggul melalui transformasi 5 teras berikut:
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu:
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

KERANGKA TS25
 
SIAPAKAH PULA RAKAN ELIT TS25?

Rakan ELIT TS25 adalah seperti rajah berikut:




JAWATANKUASA INDUK TS25


Maka dengan itu, TS25 merupakan satu usaha bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan MURID UNGGUL dapat terbentuk atas kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang ada dalam sistem pendidikan.

Sekian sahaja perkongsian, terima kasih.

Post a Comment

0 Comments