Skip to main content

Kolokium TS25 Peringkat Daerah Daro Tahun 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Daro akan menganjurkan Kolokium TS25 Peringkat Daerah Daro pada 18 April 2020 (Sabtu) di SK Hijrah Badong, Daro. Kolokium ini bertujuan memberi ruang kepada para guru dan murid berkongsi pengalaman dan hasil kajian inovasi yang telah dibuat di sekolah masing-masing.

Sehubungan dengan itu, setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Maklumat lanjut tentang perkara ini bolehlah dirujuk pada Garis Panduan Penyertaan.

 TEMA:
" PBL Pencetus Revolusi Industri 4.0 "

KATEGORI:
Inovasi (Guru)
Inovasi (Murid Sekolah Menengah)
Inovasi (Murid Sekolah Rendah)

PENYERAHAN LAPORAN INOVASI:
- dalam bentuk softcopy
- pada atau sebelum 27 Mac 2020
- ke e-mel: siscppddaro@gmail.com
- rujuk Garis Panduan Penyertaan
- setiap laporan akan dijilidkan

PAMERAN:
- hanya 20 inovasi terbaik perlu menyediakan bahan untuk dipamerkan dan dihakimi
 pada 18 April 2020 (Sabtu) kelak
- 20 inovasi terbaik akan dimaklumkan pada 31 Mac 2020
- sekiranya tidak menerima apa-apa maklum balas pada 31 Mac 2020 bermakna, tidak terpilih untuk menyertai pameran semasa Kolokium TS25 Daerah Daro

Pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus perkara ini ialah Encik Mohammad Zulfadli Bin Seddek (Pegawai SISC+) dan Cik Siti Masmah Binti Bohari (Pegawai SISC+) yang boleh dihubungi di talian 084-823213. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat turun Garis Panduan Penyertaan klik sini

Apakah itu PBL? klik sini



 
Photo by NeONBRAND on Unsplash



Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...