Skip to main content

Laporan Inovasi ditunda rentetan COVID-19

Penangguhan penghantaran Laporan Inovasi bagi Kolokuim TS25 Peringkat Daerah Daro

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Berikutan dengan penularan COVID-19, pihak penganjur telah memutuskan untuk menunda tarikh akhir penghantaran Laporan Inovasi bagi Kolokium TS25 Peringkat Daerah Daro ke tarikh yang baharu seperti berikut.

Tarikh tutup: 10 April 2020 (Jumaat)

Tarikh tersebut adalah tertakluk kepada keredaan COVID-19. Ini bermakna, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan maka, tarikh tersebut juga akan dilanjutnya dan akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan tarikh tersebut adalah bagi memberikan peluang dan ruang kepada guru-guru untuk melengkapkan Laporan Inovasi tersebut.

Sekiranya ada dikalangan guru yang masih buntu dan memerlukan contoh Laporan Inovasi, sila semak pada capaian berikut:


Seperti sebelum ini, setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Maklumat lanjut tentang perkara ini bolehlah dirujuk pada Garis Panduan Penyertaan.

 TEMA:
" PBL Pencetus Revolusi Industri 4.0 "

KATEGORI:
Inovasi (Guru)
Inovasi (Murid Sekolah Menengah)
Inovasi (Murid Sekolah Rendah)

PENYERAHAN LAPORAN INOVASI:
- dalam bentuk softcopy
- ke e-mel: siscppddaro@gmail.com
- rujuk Garis Panduan Penyertaan
- setiap laporan akan dijilidkan

PAMERAN:
- hanya 20 inovasi terbaik perlu menyediakan bahan untuk dipamerkan dan dihakimi
 pada 18 April 2020 (Sabtu)* kelak
- 20 inovasi terbaik akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup
- sekiranya tidak menerima apa-apa maklum balas pada dalam tempoh 14 hari tersebut, bermakna tidak terpilih untuk menyertai pameran semasa Kolokium TS25 Daerah Daro

Pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus perkara ini ialah Encik Mohammad Zulfadli Bin Seddek (Pegawai SISC+) dan Cik Siti Masmah Binti Bohari (Pegawai SISC+) yang boleh dihubungi di talian 084-823213. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

* tertakluk kepada perubahan dan situasi semasa.

Muat turun Garis Panduan Penyertaan klik sini

Apakah itu PBL? klik sini



Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...