Pada tahun 2019, pihak SK Hijrah Badong Daro telah menghasilkan satu sudut khas untuk memaparkan info dan maklumat berkaitan Transformasi Sekolah 2025. sudut ini dihasilkan melalui sumbangan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi. Rentetan daripada itu, sudut ini telah dinamakan sempena nama ahli parlimen Igan tersebut.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment