Sesi Bimbingan Maya 1 Ketua Bidang (KB) dan Ketua Panitia (KP) Sekolah-sekolah diBimbing Bersama SISC+ PPD Daro


Sesi Bimbingan Maya 1 Ketua Bidang (KB) dan Ketua Panitia (KP) Sekolah-sekolah diBimbing Bersama SISC+ PPD Daro

Tarikh: 5 Jun 2020 (Jumaat)
Masa mula: 2:15 petang
Penyertaan: Semua KB dan KP
Tempat: Aplikasi Google Meet







Perbincangan ini secara umumnya membincangkan tentang intervensi sekolah dibimbing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19. Fokus perbincangan tertumpu terhadap intervensi yang telah dibuat oleh pihak Ketua Bidang dan Ketua Panitia untuk membantu guru-guru dan panitia dalam pelaksanaan PdP di sekolah. Pelaksanaan intervensi bermula 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat. Meskipun terdapat beberapa kekangan dan halangan seperti sambungan internet yang tidak stabil, perbincangan ini telah berjaya dilaksanakan dan disertai seramai 12 orang peserta dari sekolah-sekolah berikut:

1. SMK Semop 
2. SMK Matu 
3. SK Kg. Tebaang 
4. SK Kg. Pergau
5. SK Kg. Kut 
6. SK Bawang Tian 

Para peserta telah diberi tugasan untuk melengkapkan satu slide bagi tujuan pelaporan aktiviti PdP guru semasa tempoh PKP. Pelaporan akan dibuat mengikut panitia mata pelajaran Bahasa Melayu dan Panitia Matematik. Setiap panitia dikehendaki melaporkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti mengikut format yang telah diseragamkan. Pelaporan yang telah siap boleh diupload ke link yang telah dikongsikan dalam group Whatapps.

Sesi pelaporan yang telah lengkap oleh setiap sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10.6.2020 (Rabu)
Masa: 2:00 petang
Tempat: Aplikasi Google Meet
Link GM: akan dikongsikan kemudian
Link Google Form Kehadiran: akan dikongsikan kemudian

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

0 Comments