Sesi Bimbingan Maya 2 Ketua Bidang (KB) dan Ketua Panitia (KP) Sekolah-sekolah diBimbing Bersama SISC+ PPD Daro

Sesi Bimbingan Maya 1 Ketua Bidang (KB) dan Ketua Panitia (KP) Sekolah-sekolah diBimbing Bersama SISC+ PPD Daro

Tarikh: 10 Jun 2020 (Jumaat)
Masa: 2:00 - 4:00 petang
Penyertaan: Semua KB dan KP
Tempat: Aplikasi Google Meet



Aktiviti anjuran School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Daro ini bertujuan untuk membantu dan membimbing panitia dalam melaksanakan intervensi dan PdPc guru-guru sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP). Ia akan menjadi platform perkongsian pintar yang boleh dijadikan medan penjanaan idea untuk menghasilkan satu perancangan aktiviti yang komprehensif serta mantap. Selain itu, ia dapat membina strategi dan gerak kerja bagi menangani keperluan semasa dan normal baharu pasca Covid-19.

Preview sesi berkenaan adalah seperti berikut:


Sesi tersebut melibatkan guru-guru Ketua Bidang Bahasa dan Matematik & Sains (bagi sekolah menengah sahaja) dan Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Ia melibatkan 8 buah sekolah dibimbing SISC+ bagi tahun 2020 iaitu:

1. SMK Matu
2. SMK Semop
3. SK Kg. Pergau
4. SK Bawang Tian
5. SK Kg. Tebaang
6. SK Kg. Kut
7. SK Kg. Penibong
8. SK Kg. Penipah

Bagi tujuan perkongsian, setiap sekolah perlu melaporkan aktiviti-aktiviti panitia berpandukan format yang telah diselaraskan bagi tempoh mulai 1 April hingga 9 Jun 2020. Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat oleh sekolah, banyak aktiviti menarik dan kreatif telah dirancang dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Aktiviti yang menarik tersebut dapat meransang minat murid untuk melibatkan diri. Meskipun aktiviti dibuat oleh murid di rumah masing-masing, tetapi matlamat pencapaian objektif mata pelajaran tetap menjadi keutamaan. Perkongsian yang telah dibuat menyentuh tentang perkara-perkata berikut:

1. Nama aktiviti
2. Tarikh pelaksanaan
3. Penerangan aktiviti secara ringkas
4. Platform
5. Kumpulan sasaran
6. Guru bertanggungjawab 




























Secara keseluruhannya sesi ini telah berjaya mencapai matlamatnya meskipun terdapat beberapa kekangan terutamanya talian internet yang tak stabil dan sering putus semasa sesi sedang berlangsung. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam merealisasikan sesi ini berlangsung sehingga tamat menjelang jam 4:00 petang.

Video penuh sesi tersebut adalah seperti berikut:


Sekian, terima kasih.

Post a Comment

0 Comments