Pembukaan semula pra sekolah SK Kuala Matu pada 1 Julai 2020 yang lalu telah membabitkan 22 orang murid pra sekolah. Buat masa ini, sesi PNP bagi murid pra sekolah SK Kuala Matu dijalankan mengikut modul 3 iaitu modul penggiliran. Satu sesi persekolahan melibatkan 11 orang murid untuk satu-satu masa. Persediaan untuk menerima kehadiran murid pra sekolah ini telah diketuai oleh guru pra sekolah SK Kuala Matu, Cik Dayang Nur Fasehah Bin Awang Zaidi. Persediaan lengkap telah dijalankan sejak 2 minggu sebelum tarikh pembukaan semula pra sekolah seperti yang diumumkan oleh KPM. Selagi tiada vaksin, kita tiada pilihan melainkan hidup bersama wabak ini namun dengan mengambilkira SOP yang telah ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga warga SK Kuala Matu yakin dapat membantu memutuskan rantaian wabak ini. #kitajagakita
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment