Program bacaan tahlil dan yasin pada setiap hari Jumaat merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu sejak 2 tahun yang lepas. Pada hari Jumaat, 24 Julai 2020 yang lalu majlis bacaan tahlil dan yasin buat pertama kalinya selepas sesi pembukaan persekolahan pasca covid19 telah diadakan di Bilik RMT SK Kuala Matu. Bacaan tahlil dan yasin yang diketuai oleh Ustaz Ayuphan bin Mahdi ini turut disertai oleh semua guru muslim dan semua murid muslim SK Kuala Matu.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment