DEBARAN TERJAH TS25 OLEH SISC+ PPD DARO

28 Julai 2020 yang lepas, warga SK Kuala Matu telah menerima kedatangan 4 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Daro yang terdiri daripada Encik Zulfadli, Encik Ismail, Puan Siti Masmah dan Ustazah Roha. Agenda utama kedatangan pegawai-pegawai dari PPD Daro ini adalah untuk memberikan bimbingan dan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pentadbir sekolah berkaitan dengan program sekolah TS25. Antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah; fizikal/persekitaran sekolah TS25, OS42, blog TS25, kolokium TS25 dan tarikh bengkel modul 4 sekolah TS25 kohort 5.





Post a Comment

0 Comments