Sebagai sebuah sekolah berasrama, SK Kuala Matu juga tidak terkecuali untuk mempersiapkan dewan makan yang mematuhi SOP pasca covid19 seperti ketetapan KPM. Aktiviti ini telah diketuai oleh warden asrama, Encik Raymond Leo Junior Anak Gospa bersama Penyelia Asrama, Puan Rosmala Binti Masra dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Pengurusan Murid, Encik Kamaruzzaman Bin Ilil dan Puan Suriati Binti Kiprawi. Kepatuhan kepada SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM ini diharap dapat meminimakan risiko jangkitan wabak kepada penghuni asrama SK Kuala Matu sebaik sahaja melapor diri memasuki asrama kelak. #kitajagakita
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment