Lawatan pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ke SK Kuala Matu yang diketuai oleh Tuan Timbalan Pengarah, Tuan Mohtadza Bin Sat pada 3 Julai 2020 yang lalu. Lawatan bertujuan untuk memantau dan memberikan bimbingan dalam pematuhan SOP pasca covid19 kepada pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah atas lawatan dan bimbingan yang diberikan.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment