PASCA COVID19; BILIK DARJAH TS25 SK KUALA MATU


Aktiviti menyediakan bilik darjah yang mematuhi SOP seperti yang dikehendaki oleh KPM telah dijalankan oleh warga SK Kuala Matu bermula dari 24 Jun 2020 yang lepas. Aktiviti ini merangkumi menentukan arah pergerakan keluar masuk ke kelas, menyusun atur semula bilik darjah mengikut peraturan penjarakan sosial, menyediakan kaunter saringan kesihatan - pengambilan suhu badan sebelum masuk ke kawasan sekolah, menyediakan singki - bagi menggalakkan murid supaya kerap mencuci tangan serta melekatkan poster berkaitan wabak covid19 sebagai usaha memberikan kesedaran kepada murid tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan wabak ini merebak. SK Kuala Matu sentiasa berusaha menyediakan suasana yang kondusif lagi selamat untuk murid-murid lebih-lebih lagi dalam suasana wabak yang melanda negara kini. #kitajagakita sentiasa menjadi peringatan.











Post a Comment

0 Comments