Aktiviti mempersiapkan bilik pemulihan yang mematuhi SOP bilik darjah pasca covid-19 bagi menyambut kehadiran murid pemulihan SK Kuala Matu sebaik sahaja sekolah dibuka kelak. Aktiviti ini telah diketuai oleh guru pemulihan, Puan Sajerah Binti Oya. SK Kuala Matu sentiasa cakna dengan situasi semasa dan prihatin tentang wabak yang melanda. #kitajagakita
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment