Sejak dari 24 Jun 2020 yang lepas, ahli Jawatankuasa RMT SK Kuala Matu yang diketuai oleh Cik Huzaimah Binti Kinit telah menjalankan projek meluaskan bilik RMT bagi memberikan keselesaan kepada murid RMT terutamanya ketika rehat berikutan keadaan bilik yang terlalu sempit dan sesak sebelum ini. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa RMT turut mempersiapkan ruangan yang mematuhi SOP pasca covid19 sebagai langkah mengelakkan jangkitan wabak kepada semua murid RMT. Aktiviti-aktiviti pembersihan turut dijalankan terlebih dahulu memandangkan ruangan ini telah ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan. #kekalselamat dan #kitajagakita
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment