Pada 24 Jun 2020 yang lepas, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) SK Kuala Matu dengan kerjasama pekerja swasta pembersihan sekolah telah mengambil inisiatif membina jambatan ke pra sekolah sebagai laluan utama ke bangunan tersebut. Inisiatif ini diambil rentetan daripada keprihatinan pihak Jawatankuasa HEM dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua murid di SK Kuala Matu. Dengan terbinanya jambatan ini sebagai laluan utama ke bangunan pra sekolah, murid pra sekolah tidak perlu lagi menggunakan lauan lama yang agak jauh.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment