Pada minggu ini, bermula pada 20 Julai 2020 warga SK Kuala Matu telah berganding bahu memulakan projek keceriaan kawasan sekolah. Projek ini dimulakan dengan menanam bunga dan seterusnya mengecat tayar yang dijadikan sebagai pasu bunga. Warga sekolah juga turut menyumbangkan cat dan peralatan mengecat untuk menjayakan projek keceriaan ini. Diharap projek keceriaan ini berjaya memberikan suasana yang kondusif dan ceria bagi keseluruhan warga sekolah; guru dan murid khasnya.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment