ZIARAH KELUARGA MANGSA LEMAS OLEH SKUAD PRIHATIN TS25 SK KUALA MATU

Pada 20 Julai 2020 yang lepas, warga SK Kuala Matu telah dikejutkan dengan perkhabaran duka; tragedi lemas sungai yang melibatkan seorang murid tahun 5 SK Kuala Matu. Mangsa yang terlibat, adik Mohamad Amirul Bin Dedy Susanto telah dijumpai lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika sedang memancing. Skuad prihatin TS25 SK Kuala Matu telah melawat kediaman keluarga mangsa dan turut menghulurkan sedikit sumbangan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Skuad prihatin TS25 SK Kuala Matu mendoakan moga seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan yang berpanjangan dalam menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah buat arwah adik Mohamad Amirul Bin Dedy Susanto.










Post a Comment

0 Comments