Pada 29 Julai 2020 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Camporan Daro telah mengadakan Majlis Penerimaan Bantuan Alat Tulis “Back To School” (BTS) di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Majlis ini telah berlangsung di Makmal Komputer SK Camporan Daro. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Fhareez Ridzuan Abdullah, Guru Besar SK Camporan Daro dan diiringi oleh Puan Raimah Binti Sahnor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Setiap murid yang layak telah menerima bantuan alat tulis yang bernilai RM50. Seramai 5 orang murid telah layak menerima bantuan alat tulis tersebut. Antaranya ialah adik Mohamad Aspin Bin Firdaus, adik Mohamad Shahrul Fahmi Bin Kamarul Zaman, adik Muhammad Ashfan Shahdaniel Bin Bolhin, adik Muhammad Haikal Bin Sulaiman, dan Aiman Hanif Bin Abdul Rani. Kelima-lima murid ini merupakan murid tahun 2. Gambar 1 Wajah-wajah ceria penerima bantuan alat tulis Gambar 2 Penerima yang telah hadir Ketika majlis ini berlangsung, terda...