Untuk merancakkan dan membantu serta membimbing progres pelaksanaan TS25 di SK Tanjong Manis, pihak SISC+ dan SPS PPD Daro telah mengadakan lawatan bimbingan dan kunjung bantu TS25. Bimbingan dan pencerahan yang disampaikan oleh pegawai pembimbing sedikit sebanyak membantu memberi lebih kefahaman mengenai langkah-langkah yang proaktif dalam merancang dan melaksana seterusnya mencapai objektif TS25.Kunjungan diadakan pada 6 Ogos 2020.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment