Projek baik pulih almari murid asrama telah dijalankan sepanjang minggu lepas bermula pada 6 Ogos 2020 dan diteruskan sehingga hujung minggu ini. Projek ini merangkumi mengenalpasti kerosakan pada almari di asrama, mengasingkan almari yang telah dikenalpasti, membaiki apa jua kerosakan pada almari dan mengecat almari. Projek ini turut disertai oleh guru besar, AKP, pekerja kebersihan, jawatankuasa asrama dan murid asrama SK Kuala Matu.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment