Skip to main content

SKCD: Majlis Penerimaan Bantuan Alat Tulis “Back To School” (BTS)

 Pada 29 Julai 2020 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Camporan Daro telah mengadakan Majlis Penerimaan Bantuan Alat Tulis “Back To School” (BTS) di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Majlis ini telah berlangsung di Makmal Komputer SK Camporan Daro. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Fhareez Ridzuan Abdullah, Guru Besar SK Camporan Daro dan diiringi oleh Puan Raimah Binti Sahnor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Setiap murid yang layak telah menerima bantuan alat tulis yang bernilai RM50. Seramai 5 orang murid telah layak menerima bantuan alat tulis tersebut. Antaranya ialah adik Mohamad Aspin Bin Firdaus, adik Mohamad Shahrul Fahmi Bin Kamarul Zaman, adik Muhammad Ashfan Shahdaniel Bin Bolhin, adik Muhammad Haikal Bin Sulaiman, dan Aiman Hanif Bin Abdul Rani. Kelima-lima murid ini merupakan murid tahun 2.

  



Gambar 1 Wajah-wajah ceria penerima bantuan alat tulis

 

 

Gambar 2 Penerima yang telah hadir

 

Ketika majlis ini berlangsung, terdapat murid tidak dapat hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga atas faktor-faktor tertentu. Sehubungan dengan itu, pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan bantuan alat tulis tersebut di kediaman murid tersebut.

 

  


Gambar 3 Bantuan alat tulis telah disampaikan di kediaman murid

 

Kesimpulannya, pihak sekolah berharap bantuan seperti ini akan meningkatkan semangat murid-murid ini untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

Comments

  1. Syabas dan Tahniah..semoga anak anak ini berjaya dalam pelajaran dan tdidik sahsiahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...