Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

BENGKEL PERKONGSIAN MATEMATIK KERTAS 2 SPM

Bengkel ini telah diadakan pada 18 Julai 2020 (sabtu) berempat di bilik Mesyuarat Smk Matu(0900 - 1300).Bengkel tersebut telah disertai 12 orang guru matematik dari kawasan daerah daro matu (6 guru smk matu, 3 guru smk TPDPH Normah, 2 guru smk belawai, 1 guru smk semop). Pencerahan untuk perkongsian ini adalah Puan Faridah Binti Johari (Pegawai SISC+ Matematik PPD Dalat). Bengkel ini bertujuan untuk membantu guru guru baharu khasnya dalam matematik menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan input - input terkini daripada penyemak kertas peperiksaan serta memberi peluang kepada mereka untuk bertukar - tukar fikiran bagi memantapjab PdP dengan cara perkongsian pintar. Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan gred purata mata pelajaran (gpmp) matematik secara amnya. SUASANA BENGKEL PERKONGSIAN MATEMATIK KERTAS 2 SPM

SK KUALA MATU ; AKTIVITI KOKURIKULUM FASA PKPP

Suasana perjumpaan pertama aktiviti kokurikulum di SK Kuala Matu dalam fasa PKPP. Dalam fasa PKPP ini, perjumpaan kokurikulum hanya dijalankan pada hari Rabu sahaja berbanding 2 hari sebelum fasa PKP dilaksanakan. Pemantauan SOP aktiviti kokurikulum turut dilaksanakan oleh 2 orang pegawai dari PPD Daro pada hari Rabu lepas. #kitajagakita #kekalselamat #pedepahpebayah

SK KUALA MATU : SAMBUTAN HARI LAHIR

Satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran telah diadakan di kelas tahun 6, SK Kuala Matu pada 25 September 2020. Majlis sambutan ini bertujuan untuk meraikan kesemua murid tahun 6 disamping memenuhi salah satu aktiviti dalam program guru penyayang. Majlis yang dianjurkan oleh guru kelas tahun 6, Cikgu Nur Fadzillah Binti Wahab dan dibantu oleh pembantu guru kelas, Cikgu Raymond Leo Junior ini telah berjalan dengan lancar. Kegembiraan turut terpancar di wajah murid-murid yang diraikan. Syabas dan Tahniah diucapkan! SK Kuala Matu, #pedepahpebayah

SKCD: RIADAH ZUMBA TS25

Pada 24 September 2020, para guru SK Camporan Daro telah mengadakan aktiviti zumba pada jam 5 petang yang telah dibimbing oleh Puan Hashimah Bt Siri selama 1jam. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk menyihatkan tubuh badan. Meskipun menghadapi kekangan disebabkan faktor wabak Covid-19, ianya tidak menjadi satu halangan bagi guru-guru di SKCD untuk melaksanakan aktiviti yang menyihatkan ini. bahkan, aktiviti zumba tersebut telah mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti ini juga telah dipertimbangkan sebagai aktiviti mingguan dan juga sebahagian aktiviti bagi Kelab Staf kerana mendapat sokongan dan sambutan oleh warga sekolah ini. #CAMPORANKUSAYANG #KITAJAGAKITA SEKIAN

SKCD: KOLOKIUM TS25 PERINGKAT NEGERI SARAWAK ZON TENGAH 2020

Pada 17 September 2020 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Camporan Daro telah menyertai Kolokium TS25 Peringkat Negeri Sarawak Zon Tengah bagi tahun 2020. Majlis tersebut telah diadakan di SK Hijrah Badong, Daro. Kontinjen SK Camporan Daro telah diwakili oleh 4 orang murid serta 2 orang guru iaitu Encik Fhareez Ridzuan Abdullah iaitu Guru Besar SK Camporan Daro dan Cikgu Normunira Yaccoff. Hasil inovasi yang dipamerkan oleh pihak SK Camporan Daro melibatkan inovasi daripada guru dan murid. Kesemua hasil inovasi tersebut dipersembahkan oleh murid kepada para pelawat yang hadir.  Suasana ketika majlis oleh wakil SK Camporan Daro: 4 orang wakil murid SK Camporan Daro Murid menerangkan bahan inovasi kepada para pelawat Antara Anugerah dan Hadiah yang telah dirangkul oleh SK Camporan Daro semasa majlis tersebut: Watikah Pelantikan SKCD TS25 Kohort 3 bagi Tahun 2018 Pertandingan Inovasi Guru yang bertajuk Sifir Slide hasil inovasi Cikgu Nurul Aziemah Binti Hatta telah mendapat tempat kelima N...

SK Tanjong Manis: Kolokium TS25 Peringkat Negeri Sarawak Zon Tengah 2 2020

 Pada 17 September 2020 SK Tanjong Manis telah menyertai Kolokium TS25 Peringkat Negeri Sarawak Zon Tengah 2 bagi tahun 2020 yang diadakan di SK Hijrah Badong, Daro. Kontinjen SK Tanjong Manis melibatkan 4 orang pelajar serta guru pembimbing yang diketuai oleh Guru Besar, Encik Hamka Bin Wahab. Hasil inovasi pelajar dipersembahkan kepada pelawat yang hadir berserta dengan penerangan mengenai setiap proses inovasi oleh pelajar yang telah dibimbing oleh Cikgu Chia Meu Hung. 

MAJLIS PERLANCARAN TS25 SK KUALA MATU

Majlis perlancaran TS25 peringkat SK Kuala Matu telah dilancarkan pada 18 September 2020 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna SK Kuala Matu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johny Bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P207 Igan. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari PPD Daro, Penghulu Kampung Kuala Matu, Ketua kaum Kampung Kuala Matu, Kaunselor Kampung Kuala Matu, YDP PIBG SK kuala Matu dan Exco PIBG SK Kuala Matu. Dalam pada itu, YB Tuan Haji Ahmad Johny Bin Haji Zawawi turut menyerahkan sumbangan berupa 2 buah LCD kepada pihak sekolah bagi kegunaan PdPc sekolah. Pelancaran slogan sekolah, 'pedepah pebayah' juga turut diadakan dalam majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YB Tuan Haji Ahmad Johny atas sumbangan yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua warga SK Kuala Matu khasnya anak-anak murid SK Kuala Matu .

SK KUALA MATU; MAJLIS PERKONGSIAN ILMU TS25

Pada 18 September 2020 yang lepas, satu majlis ringkas perkongsian ilmu berkaitan dengan pengenalan kepada program TS25 telah diberikan oleh pegawai SISC+ PPD Daro, Encik Mohd Zulfadli Bin Seddek. Sesi perkongsian ilmu diadakan di Dewan Serbaguna SK Kuala Matu dan telah dihadiri oleh 21 orang guru SK Kuala Matu. Majlis yang berlangsung selama sejam setengah ini berfokus kepada pengenalan program TS25; pengurusan dan kepimpinan, kemenjadian murid, pedagogi, DSKP-Penulisan Objektif Pembelajaran(OP), Kriteria Kejayaan(KK) dan elemen asas dalam penulisan RPH. Sedikit sebanyak sesi perkongsian ini telah memberikan gambaran tentang program TS25 buat warga SK Kuala Matu. Diharap sesi perkongsian sebegini akan diadakan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan kefahaman warga SK Kuala Matu dalam merealisasikan objektif program TS25.