Skip to main content

Intervensi Murid dalam Penulisan Karangan

    Dalam penulisan, kadang kala murid sukar untuk meneruskan penulisan mereka dek kerana kekangan idea untuk dihuraikan. Tidak kurang juga, terdapat segelintir murid yang menghadapi masalah dalam memecahkan idea dan akhirnya mewujudkan isi berlapis. Oleh itu, panitia Bahasa Melayu SMK Semop, Daro mengambil inisiatif untuk membantu mereka memecahkan idea dan menghuraikan isi karangan iaitu dengan cara menghasilkan papan maklumat/ poster melalui pelbagai cara. 

    Salah satunya adalah dengan meneroka maklumat dari pelbagai sumber. Melalui penerokaan maklumat ini dilihat mampu memberikan pendedahan kepada murid mengenai pelbagai maklumat yang boleh diguna pakai dalam penulisan mereka. Tugasan ini telah diberikan ketika cuti pertengahan penggal yang lepas. Murid diminta untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tajuk mereka. Tema setiap kumpulan telah diagihkan terlebih dahulu sebelum cuti persekolahan bermula dan murid diminta mencari tajuk yang sesuai dengan tema yang diberikan. Sesi bimbingan dalam melakukan tugasan ini telah berlaku di alam maya yakni murid-murid menghubungi guru untuk bertanyakan mengenai ketepatan dan kesesuaian maklumat yang diperoleh. seterusnya, berdasarkan maklumat yang telah dicari, mereka akan menghasilkan satu papan maklumat/ poster mengikut kreativiti masing-masing. Pada sesi pembentangan, murid akan dinilai dan diberikan markah. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati bagi menghargai kesungguhan mereka.


Hasil kerja ditampal pada stesen masing-masing.















Wajah gembira setelah menerima token atas kesungguhan mereka dalam menyiapkan tugasan.

Comments

Popular posts from this blog

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK SMK MATU

SMK MATU INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK Intervensi ini merupakan Intervensi mingguan yg diadakan setiap pagi hari Khamis dari jam 0640 - 0700. Ini bertujuan untuk mengisi masa terluang sebelum mulanya PdPC. Intervensi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Intervensi untuk Menengah rendah dan Intervensi untuk Menengah atas.  Bagi Menengah rendah, Intervensinya adalah "Bijak Sifir". Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mahir dalam Sifir. Malahan ada pelajar masih tidak hafal Sifir yang iaitu Sifir 2. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk pelajar Menengah rendah untuk mengasah hafalan Sifir mereka. Sifir merupakan tunjang kepada subjek Matematik. Tanpa Sifir, sukar untuk menguasai subjek Matematik.       Intervensi Menengah Rendah Bagi Menengah atas pula, Intervensinya adalah "1soalan 1tingkatan". Program ini lebih kepada pendedahan pelajar kepada soalan peperiksaan awam iaitu soalan spm di mana pelajar akan diberi satu soalan untuk sa...