Suasana perjumpaan pertama aktiviti kokurikulum di SK Kuala Matu dalam fasa PKPP. Dalam fasa PKPP ini, perjumpaan kokurikulum hanya dijalankan pada hari Rabu sahaja berbanding 2 hari sebelum fasa PKP dilaksanakan. Pemantauan SOP aktiviti kokurikulum turut dilaksanakan oleh 2 orang pegawai dari PPD Daro pada hari Rabu lepas. #kitajagakita #kekalselamat #pedepahpebayah
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment