SK KUALA MATU ; PROJEK LOGO SEKOLAH DAN LOGO TS25

Logo merupakan satu simbol atau tanda pengenalan bagi satu organisasi. Bermula pada 27 Ogos 2020 yang lepas, warga SK Kuala Matu telah menjalankan projek melukis logo sekolah dan logo TS25 untuk dipaparkan di kawasan sekolah bagi memberikan identiti sekolah berstatus sekolahTS25. Selain itu, warga sekolah juga berharap agar dengan terpaparnya logo ini, kesemua warga sekolah termasuklah guru, AKP dan murid sentiasa bersatu hati dan bangga menjadi salah seorang daripada warga sekolah SK Kuala Matu. Bak kata pepatah melanau, pedepah pebayah bersama-sama! 💪 











Post a Comment

0 Comments