Satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran telah diadakan di kelas tahun 6, SK Kuala Matu pada 25 September 2020. Majlis sambutan ini bertujuan untuk meraikan kesemua murid tahun 6 disamping memenuhi salah satu aktiviti dalam program guru penyayang. Majlis yang dianjurkan oleh guru kelas tahun 6, Cikgu Nur Fadzillah Binti Wahab dan dibantu oleh pembantu guru kelas, Cikgu Raymond Leo Junior ini telah berjalan dengan lancar. Kegembiraan turut terpancar di wajah murid-murid yang diraikan. Syabas dan Tahniah diucapkan! SK Kuala Matu, #pedepahpebayah
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment