SKCD: KOLOKIUM TS25 PERINGKAT NEGERI SARAWAK ZON TENGAH 2020

Pada 17 September 2020 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Camporan Daro telah menyertai Kolokium TS25 Peringkat Negeri Sarawak Zon Tengah bagi tahun 2020. Majlis tersebut telah diadakan di SK Hijrah Badong, Daro. Kontinjen SK Camporan Daro telah diwakili oleh 4 orang murid serta 2 orang guru iaitu Encik Fhareez Ridzuan Abdullah iaitu Guru Besar SK Camporan Daro dan Cikgu Normunira Yaccoff.

Hasil inovasi yang dipamerkan oleh pihak SK Camporan Daro melibatkan inovasi daripada guru dan murid. Kesemua hasil inovasi tersebut dipersembahkan oleh murid kepada para pelawat yang hadir. 

Suasana ketika majlis oleh wakil SK Camporan Daro:

4 orang wakil murid SK Camporan Daro



Murid menerangkan bahan inovasi kepada para pelawat



Antara Anugerah dan Hadiah yang telah dirangkul oleh SK Camporan Daro semasa majlis tersebut:

Watikah Pelantikan SKCD TS25 Kohort 3 bagi Tahun 2018



Pertandingan Inovasi Guru yang bertajuk Sifir Slide hasil inovasi Cikgu Nurul Aziemah Binti Hatta telah mendapat tempat kelima

Naib Johan bagi Pelaporan Dalam Website SICS+

sekian

#CAMPORANKUSAYANG
#KITAJAGAKITA








Post a Comment

1 Comments

  1. Syabas dan tahniah....Semoga berterusan dgan cmerlangnya

    ReplyDelete