SKCD: RIADAH ZUMBA TS25

Pada 24 September 2020, para guru SK Camporan Daro telah mengadakan aktiviti zumba pada jam 5 petang yang telah dibimbing oleh Puan Hashimah Bt Siri selama 1jam. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk menyihatkan tubuh badan. Meskipun menghadapi kekangan disebabkan faktor wabak Covid-19, ianya tidak menjadi satu halangan bagi guru-guru di SKCD untuk melaksanakan aktiviti yang menyihatkan ini. bahkan, aktiviti zumba tersebut telah mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti ini juga telah dipertimbangkan sebagai aktiviti mingguan dan juga sebahagian aktiviti bagi Kelab Staf kerana mendapat sokongan dan sambutan oleh warga sekolah ini.







#CAMPORANKUSAYANG

#KITAJAGAKITA

SEKIAN

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga aktiviti sebegini berterusan pada msa akan datang demi ksihatan warga Camporanku Sayang

    ReplyDelete