Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

SMK MATU: KELAS HIPERS

SMK MATU: Menguji kemahiran bertutur

SMK MATU:Taklimat TS25

SMK MATU: Rondaan Pembelajaran (Learning Walk - PLC)

Pencerapan Guru Interim SMK MATU bersama pihak IPTAR 2020

Dialog Prestasi Bil 1 SKCD

Dialog Prestasi diadakan bagi membincangkan isu murid yang berisiko cicir dan intervensi yang perlu dilaksanakan terhadap murid tersebut. Dialog Prestasi dipengerusikan oleh En Fhareeez Ridzuan Abdullah Guru Besar SKCD. Dialog Prestasi juga turut dihadiri oleh pegawai daripada PPD Daro.

SMK Semop: PROGRAM ASPIRASI SPM TS25 SMK SEMOP 2020

                               TAJUK :  PROGRAM ASPIRASI  SPM TS25 SMK SEMOP 2020                                                                                                                                 Fasilitator Jemputan : Encik Ismail bin Keder i                                                   ...

SK KUALA MATU : AKTIVITI ASRAMA

Pada 17 Oktober 2020 yang lepas, jawatankuasa asrama SK Kuala Matu telah menganjurkan aktiviti 'barbeque dan karaoke' di asrama sempena minggu tidak balik kampung asrama. Dalam aktiviti ini murid asrama diberi peluang untuk memanggang ayam, berkaraoke dan menyampaikan persembahan secara berkumpulan. Aktiviti ini bukan sekadar berjaya menggembirakan murid asrama tetapi ia juga memberi peluang murid asrama berkarya dan menunjukkan bakat masing-masing dalam nyanyian dan persembahan berkumpulan. Tahniah dan terima kasih buat Jawatankuasa asrama khasnya warden asrama cikgu Raymond Leo Junior, penyelia asrama Puan Rosmala Binti Masra dan PPM asrama Puan Suriati dan Encik Khairuzzaman. Aktiviti ini mungkin tidak membawa apa-apa makna buat orang lain, namun di hati murid asrama aktiviti ini sangat bermakna apatahlagi saat berjauhan dari ibu bapa di rumah. 

LAWATAN PENANDA ARAS TS25 SMK MATU KE SK HIJRAH BADONG ,DARO.

LAWATAN PENANDA ARAS  SMK MATU KE SK HIJRAH BADONG ,DARO. 21/10/2020 (RABU) 2PM-5PM Pada Tarikh 21.10.2020, SMK Matu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras TS25 SMK Matu ke SK Hijrah Badong, Daro. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi bersama tentang TS25.  Kami warga SMK Matu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Hijrah Badong ( PN MARYANA BT MOHIDDIN )serta semua warga SK Hijrah Badong di atas kesudian menerima kunjungan daripada kami serta segala perkongisan Informasi dan layanan yang baik sepanjang lawatan. Daripada perkongsian ini, banyak perkara baru dan input baru yang kami peroleh dan akan dijadikan sebagai asas kepada kami di SMK Matu bagi memantapkan TS25   di SMK MATU Matu, Nama Mu Ku Junjung sekolahts25, smkmatuts25

SK CAMPORAN : PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHAS (PKSK)

Pada tarikh 21 Oktober 2020 sehingga November, SK Camporan Daro telah terpilih menjadi Pusat Pentaksiran Kemasukan Murid Tahun 6 ke sekolah khas. Pentaksiran terbahagi kepada 2 Pentaksiran Atrikulasi yang berbentuk penulisan dan Pentaksiran Dalam Talian yang berbentuk pilihan jawapan dan dijawab dalam talian.

PANITIA MATEMATIK : LEARNING WALK

Panitia Matematik telah memilih learning walk utk plc kali ini iaitu 09.10.2020 dari jam 0730 sehingga 0815. Fokus bagi learning walk adalah teknik penyoalan di dalam PdPC. Sepanjang learning walk, kami telah melihat pelbagai jenis teknik penyoalan yg digunakan oleh cikgu di dalam PdPC. Kebanyakan guru menggunakan teknik penyoalan secara respon terbuka. Teknik penyoalan agak bagus kerana memberi ruang kepada semua pelajar dalam kelas berfikir tentang soalan yg diberikan. 

PECUTAN MINDA MATEMATIK SPM 2020

Program pecutan minda matematik 2020 bertujuan membantu murid - murid menjawab soalan dengan cemerlang dalam peperiksaan spm 2020 nanti. Selain itu, ia juga membantu murid - murid mengulangkaji mata pelajaran matematik dengan berkesan. Seramai 134 orang pelajar ting 5 smk matu telah menghadiri program tersebut. Program ini telah dijalankan 17.10.2020 bertempat di dewan tugau, smk matu bermula jam 0800 sehingga 1130. Penceramah bagi program tersebut adalah cikgu Wong Siew Kong dari smk sg Paoh, sarikei. Beliau merupakan pemeriksa kertas soalan spm matematik kertas 2. Berikut adalah gambar suasana sepanjang program tersebut.  Sesi penyerahan cenderahati kepada penceramah              Penceramah sedang memberi ceramah Pelajar sedang tekun menjawab soalan yang diberikan

SK KUALA MATU : BENGKEL SMARTER PHONICS LEVEL 1&2 PRESCHOOL

Tahniah dan syabas buat Ahli Jawatankuasa Pra-Sekolah SK KUALA MATU atas penganjuran bengkel smarter phonic level 1&2 preschool yang telah diadakan pada 28 September 2020 yang lalu di Dewan Sekolah SK Kuala Matu. Bengkel yang melibatkan guru, akp, ibu dan bapa murid pra-sekolah ini diharap sedikit sebanyak memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan kaedah phonics dalam memberi bimbingan kepada anak-anak pra-sekolah terutamanya ketika sesi pembelajaran di rumah bersama ibu bapa masing-masing.