Pada 17 Oktober 2020 yang lepas, jawatankuasa asrama SK Kuala Matu telah menganjurkan aktiviti 'barbeque dan karaoke' di asrama sempena minggu tidak balik kampung asrama. Dalam aktiviti ini murid asrama diberi peluang untuk memanggang ayam, berkaraoke dan menyampaikan persembahan secara berkumpulan. Aktiviti ini bukan sekadar berjaya menggembirakan murid asrama tetapi ia juga memberi peluang murid asrama berkarya dan menunjukkan bakat masing-masing dalam nyanyian dan persembahan berkumpulan. Tahniah dan terima kasih buat Jawatankuasa asrama khasnya warden asrama cikgu Raymond Leo Junior, penyelia asrama Puan Rosmala Binti Masra dan PPM asrama Puan Suriati dan Encik Khairuzzaman. Aktiviti ini mungkin tidak membawa apa-apa makna buat orang lain, namun di hati murid asrama aktiviti ini sangat bermakna apatahlagi saat berjauhan dari ibu bapa di rumah.
Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website
Comments
Post a Comment