Kebun dapur ala taman pra sekolah SK Kuala Matu bukan sahaja memanfaatkan halaman belakang pra sekolah SK Kuala Matu, namun ia juga memberikan pemandangan yang indah. kebun dapur yang mengambil masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan adalah hasil usahasama pekerja kebersihan bersama guru lelaki SK Kuala Matu. Dengan terbinanya kebun dapur ala taman ini diharap akan memberikan manfaat buat semua warga pra sekolah SK Kuala Matu kelak.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Terbaik SK Kuala Matu! Keep it up!
ReplyDelete