kita sering mendengar kata pepatah, 'bandar Rom tidak dibina dalam satu hari'. Namun, di SK Kuala Matu terbuktilah bahawa 'keceriaan bilik SPBT berjaya dilaksanakan dalam satu hari'. Ya, kami berjaya menceriakan bilik SPBT hanya dalam masa 24jam. Berkat kerjasama dan semangat berpasukan warga SK Kuala Matu, bilik SPBT dengan sekelip mata telah berubah wajah lebih ceria dan menceriakan.Tahniah buat semua warga yang sudi #pedepahpebayah bersama!
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment