Skip to main content

SMK Semop: PROGRAM ASPIRASI SPM TS25 SMK SEMOP 2020

                               TAJUK :  PROGRAM ASPIRASI  SPM TS25 SMK SEMOP 2020                                                                     
 
                                Fasilitator Jemputan : Encik Ismail bin Kederi                                                                                                                                 Pegawai SISC+ (Sains Sosial)                                                                                                                     Pejabat Pendidikan Daerah Daro 

         Pada 23 Oktober 2020, hari Jumaat lepas Sekolah Menengah Kebangsaan Semop, Daro di bawah Bidang Kemanusian telah berjaya mengadakan Program Aspirasi SPM TS25 khusus untuk tingkatan 5 sekolah ini.  Objektif utama program ini diadakan ialah untuk meningkatkan jati diri dan semangat pelajar sekolah ini untuk mengharungi peperiksaan SPM yang bakal tiba.  Kami mengharapkan tahun ini, SMK Semop dapat mara ke hadapan dan memberi saingan yang baik kepada sekolah-sekolah lain di daerah ini. Terima kasih kami ucapkan kepada fasilitator jemputan iaitu Cikgu Ismail bin Kederi dari SISC+ PPD Daro yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu pihak sekolah ini untuk melaksanakan dan menjayakan program ini.Selingkar kasih sekalung budi kami titipkan buat beliau atas sumbangan buku puisi hasil nukilan beliau dan anaknya untuk pelajar sekolah ini dan pusat sumber sekolah. Semoga usaha diberkati dan rahmati.

Lokasi Program







Majlis Penutupan Program
Penyerahan Buku Puisi


 


 

  


Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...