Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

SK KUALA MATU: PDPR ONE STOP CENTRE

Bagi merealisasikan PDPR yang memudahkan semua pihak; guru dan ibu bapa SK Kuala Matu telah mewujudkan PDPR ONE STOP CENTRE yang bertempat di kelas Tahun 6. PDPR ONE STOP CENTRE ini beroperasi pada hari SELASA sahaja pada setiap minggu. Sebelum pukul 11 pagi hari selasa, para guru diminta untuk meletakkan tugasan dan nota yang berkaitan denhan subjek masing-masing di stesen kelas yang berkaitan. Ibu bapa atau murid pula akan mula mengambil dan menghantar tugasan pada minggu sebelumnya bermula pada pukul 11pagi. Ibu bapa dan murid kemudiannya akan membawa balik tugasan terkini dan seterusnya diminta untuk melengkapkan tugasan mengikut jadual PDPR yang telah diedarkan kepada mereka pada awal arahan perintah penutupan sekolah.

PROJEK MEMBINA BUMBUNG RMT

Diambang cuti hujung tahun bukanlah penghalang buat warga SK Kuala Matu untuk berhenti memikirkan kepentingan para murid. Walaupun arahan penutupan sekolah telah diumumkan terlebih awal namun semangat warga SK Kuala Matu tidak tertutup sama sekali. Bermula 10 November 2020 yang lepas, projek membina bumbung di laluan utama ke bangunan RMT dan Dewan Makan asrama SK Kuala Matu telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak penjaga keselamatan dan pembersihan sekolah. Bumbung sepanjang lebih kurang 50 kaki ini diharap akan memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua warga murid SK Kuala Matu terutamanya pada hari hujan. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya diatas sumbangan beliau untuk merealisasikan projek membina bumbung ini.

Lawatan Penanda Aras TS 25 SK O K Selair ke SMK Matu

 Pada 23/11/2020, satu lawatan penanda aras telah dijalankan di mana barisan pentadbir bersama dengan SU TS 25 sekolah telah melawat SMK Matu bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan Program Transformasi Sekolah (TS25). Beberapa perkara telah dibincangkan bersama berkaitan hala tuju sekolah, perancangan sekolah serta pengurusan fail yang lebih sistematik. Sekalung ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir SMK Matu yang telah berkongsi ilmu kepada kami untuk sama-sama memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

LAWATAN PENANDA ARAS Guru kelas dan Penolong Kanan SK Orang Kaya Selair ke SMK Matu

LAWATAN PENANDA ARAS Guru kelas dan penolong Kanan SK Orang Kaya Selair ke SMK Matu.  

'Tebah Inspirasi' tarikan baharu SK O K Selair

 Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu kolam khas sebagai tempat menenangkan fikiran untuk para guru dan murid dengan menjadikan kolam ternakan ikan sebagai salah satu cara terapi. Kolam ini diilhamkan oleh Puan Halina Binti Abdullah (Guru Besar) dan dibina oleh para guru dan pekerja swasta. Ini adalah sebahagian daripada perancangan pihak sekolah bagi mengindahkan lagi panaroma SK O K Selair. 'Minda tenang, pembelajaran berkesan'.

SESI PDPR OFF SITE MATEMATIK SK KG KUT 2020

 SESI PDPR OFF SITE MATEMATIK SK KG KUT 2020      Sesi PdPR untuk subjek Matematik di SK Kg Kut dijalankan secara bersemuka di Dewan Kg Kut memandangkan jarak rumah murid ke pusat komunit yang agak berdekatan dan pendekatan PDPR secara dalam talian tidak berapa efektif atas beberapa kekangan. Sesi ini berjalan pada hari Selasa dan Khamis dan melibatkan semua kelas dari Tahun 1 hingga 6 di bawah kendalian guru subjek, iaitu En. Mohamad Nazrin. Murid-murid akan dibekalkan dengan lembaran kerja dan guru akan membimbing kumpulan kelas secara berkala. 

Pendidikan Anda, Keutamaan Kami

 Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan sistem fail di mana murid akan datang sekali seminggu untuk mengambil tugasan yang perlu diselesaikan untuk seminggu. Perkara ini bagi memudahkan murid yang tidak mendapat capaian internet bagi terlibat aktif dalam pembelajaran. Semoga usaha murni ini dapat membantu para pelajar belajar dengan aktif di rumah dengan pemantauan ibu bapa.

SK TANJONG MANIS | Learning Walk PLC

Tarikh 4.11.2020 (Rabu) telah dipilih oleh 4 orang guru SK Tanjong Manis yang diketuai oleh Encik Abdul Abdul Aziz Bin Zulkepli untuk mengadakan learning walk untuk PLC bagi matapelajaran Sains (Tahun 6). Fokus yang dipilih bagi learning walk ini adalah arahan guru. Fokus yang dipilih ini bertujuan untuk melihat bentuk arahan yang diberikan oleh guru kepada pelajar yang boleh dikongsi bersama dan diimplimentasi dalam matapelajaran lain yang boleh memberikan lebih kefahaman kepada murid dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

PEMANTAUAN TS25 SK KUALA MATU

Pada 5 November 2020 yang lepas, pemantauan sekolah TS25 telah diadakan oleh pihak PPD Daro ke SK Kuala Matu. Antara skop yang dipantau ialah persekitaran bilik darjah, pdpc dan pengurusan sekolah. Hasil dari pemantauan, warga sekolah lebih peka dengan peranan masing-masing dalam merealisasikan hala tuju sekolah TS25 KPM. Untuk sekolah yang baru bertatih dalam program TS25, ternyata masih banyak yang perlu dipelajari. Terima Kasih kepada rombongan pemantauan TS25 PPD Daro atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. #pedepahpebayah