Pada 31 Oktober lepas, jawatankuasa asrama SK Kuala Matu telah menganjurkan program Master Cucur Junior asrama. Dalam program ini, murid asrama diberikan peluang untuk memasak cucur yang seterusnya dijadikan sebagai kudapan minum petang mereka. Hand-on activity sebegini diharap dapat membantu meningkatkan sahsiah dan jati diri murid asrama dalam mendepani cabaran abad21. Tahniah buat jawatankuasa asrama atas kejayaan penganjuran aktiviti sebegini. #pedepahPebayah
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment