Projek bilik fail SK Kuala Matu telah dilaksanakan bermula 28 Oktober yang lalu. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan maklumat sekolah dan mewujudkan sistem fail yang lebih sistematik. Projek bilik fail ini telah dikendalikan oleh 2 orang Pembantu Operasi SK Kuala Matu iaitu Encik Dawi Bin Mahli dan Encik Jamaluddin Bin Jahwie. Tahniah dan Syabas diucapkan! #pedepahpebayah
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment