Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

SK KUALA MATU : MESYUARAT TERAKHIR 2020

Pada 17 December 2020, satu siri mesyuarat terakhir merangkumi mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat jawatankuasa kurikulum, mesyuarat jawatankuasa Hal Ehwal Murid dan mesyuarat Kokurikulum telah diadakan di bilik mesyuarat bermula pada pukul 8:30pagi dan dihadiri oleh semua guru dan AKP sekolah. Siri mesyuarat ini merangkumi pembentangan pencapaian sekolah dalam semua bidang, program-program dan aktiviti sekolah serta sedikit perancangan awal bagi tahun 2021 sebagai persediaan semua warga sekolah sebelum pembukaan sekolah pada tahun 2021 kelas. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga mengambil peluang untuk bergambar bersama selepas sahaja siri mesyuarat selesai. Syabas dan tahniah buat semua warga SK Kuala Matu atas kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2020. Moga tahun 2021 nanti banyak lagi kejayaan akan dicapai. #pedepahpebayah

LA DESPEDIDA : IZZAH DAN ZAKWAN

Pada 16 December 2020, satu jamuan perpisahan telah diadakan untuk ustazah Azizah Binti Azmi dan Cikgu Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki. Jamuan yang dilangsungkan secara gotong royong oleh semua warga SK Kuala Matu termasuklah pekerja pembersihan kawasan ini telah diadakan di bilik jamuan sekolah dan dihadiri oleh semua warga sekolah termasuklah guru kafa. Terima kasih diucapkan atas jasa dan pengorbanan Ustazah Azizah Dan Cikgu Muhammad Zakwan terutamanya dalam mendidik anak-anak di Kuala Matu. Kami warga SK Kuala Matu mendoakan agar ustazah Azizah dan Cikgu Muhammad Zakwan akan sentiasa teruskan kecemerlangan di tempat baru nanti. Adios Amigos! Bon Voyage!

SK KUALA MATU : PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT DAERAH DAN PERINGKAT NEGERI ZON TENGAH 2

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Shahrizal Rosli, murid Tahun 5, SK kuala Matu atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah dan Naib Johan Peringkat Negeri Zon Tengah 2. Tahniah dan Syabas juga buat semua  pihak yang bertungkus lumus dalam kejayaan ini terutamanya, Cikgu Khairul Ewan Bin Hassim, Ustaz Ayuphan Bin Mahdi, Cikgu Roziha Binti Mejri dan Cikgu Nur Fadzillah Binti Wahab. Tidak lupa juga sokongan dari semua segi daripada warga sekolah dan komuniti PIBG SK Kuala Matu  #pedepahpebayah

PROJEK MENGECAT SURAU SK KUALA MATU

Seusai projek mengecat bilik JQAF SK Kuala Matu, Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu bersama semua guru Kafa SK Kuala Matu meneruskan pula projek mengecat surau pada 09 Disember 2020. Projek mengecat surau yang juga berjaya diselesaikan dalam tempoh setengah hari membuktikan kerjasama yang cukup baik di antara panitia pendidikan agama islam dan guru kafa SK Kuala Matu. Ini sejajar dengar slogan kata SK Kuala Matu iaitu 'pedepah pebayah'. Diharap kerjasama yang erat sebegini akan berterusan sampai bila-bila.

PROJEK MENGECAT BILIK JQAF SK KUALA MATU

Projek mengecat bilik JQAF SK Kuala Matu telah dijalankan oleh jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu dengan kerjasama semua guru Kafa SK Kuala Matu pada 8 Disember 2020 yang lalu. Projek yang berjaya diselesaikan dalam tempoh setengah hari ini memberikan suasana yang lebih ceria di dalam bilik JQAF. Semoga suasana ceria ini akan memberikan semangat untuk anak-anak SK Kuala Matu dalam menimba ilmu pada tahun hadapan. Ternyata wabak pandemik yang melanda dunia tidak pernah dijadikan alasan untuk berhenti memikirkan kepentingan dan keperluan demi untuk keselesaan suasana pembelajaran anak didik. Tahniah diucapkan kepada semua ahli panitia pendidikan islam dan guru Kafa atas usaha murni ini.

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK : PBD DAN PLC

Pada 04 Disember 2020 yang lalu, jawatankuasa pentadbiran SK Kuala Matu telah menjemput Cikgu Azeman Bin Akel, guru besar SK Jawa, Sarikei untuk berkongsi amalan terbaik; Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dan Perlaksanaan proffessional Learning Community(PLC). Perkongsian ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Kuala Matu bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi. Dalam sesi perkongsian ini, beliau banyak memberikan input tentang pengurusan PBD di SK Jawa termasuklah peranan-peranan penyelaras PBD peringkat sekolah dan peranan guru sebagai pentaksir dalam PBD. Sesungguhnya, perkongsian beliau telah memberikan gambaran yang cukup jelas tentang pengurusan PBD yang berkesan di sekolah. Selain itu, dalam perkongsian amalan PLC di sekolah pula beliau telah memberikan 'resepi rahsia' agar pembudayaan PLC dapat dipertingkatkan di kalangan para guru khasnya. Ternyata 'resepi rahsia' beliau sangat membantu dalam menjayakan budaya PLC di sekolah. Seusai sahaja sesi p...