Skip to main content

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK : PBD DAN PLC

Pada 04 Disember 2020 yang lalu, jawatankuasa pentadbiran SK Kuala Matu telah menjemput Cikgu Azeman Bin Akel, guru besar SK Jawa, Sarikei untuk berkongsi amalan terbaik; Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dan Perlaksanaan proffessional Learning Community(PLC). Perkongsian ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Kuala Matu bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi. Dalam sesi perkongsian ini, beliau banyak memberikan input tentang pengurusan PBD di SK Jawa termasuklah peranan-peranan penyelaras PBD peringkat sekolah dan peranan guru sebagai pentaksir dalam PBD. Sesungguhnya, perkongsian beliau telah memberikan gambaran yang cukup jelas tentang pengurusan PBD yang berkesan di sekolah. Selain itu, dalam perkongsian amalan PLC di sekolah pula beliau telah memberikan 'resepi rahsia' agar pembudayaan PLC dapat dipertingkatkan di kalangan para guru khasnya. Ternyata 'resepi rahsia' beliau sangat membantu dalam menjayakan budaya PLC di sekolah. Seusai sahaja sesi perkongsian beliau, warga SK Kuala Matu diharap dapat mencontohi apajua perkongsian yang positif di SK Jawa. Bak kata beliau, 'memadailah dengan mengekori secara rapat andai tidak mampu menyaingi'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azeman Bin Akel atas kesudian berkongsi acuan SK Jawa bersama warga SK Kuala Matu walaupun hakikatnya beliau sebenarnya sedang dalam cuti rehat.












  

Comments

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

SK MOHAMAD REDEH SAAI: BENGKEL KEPIMPINAN SKMR TAHUN 2025

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai Nama Program: Bengkel Kepimpinan SKMR Tahun 2025 Tarikh Pelaksanaan Program: 13 Februari 2024 | Khamis Kumpulan Sasaran: Semua murid SK Mohamad Redeh Pengisian Program: 1. Membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan murid. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Melatih murid agar dapat menjalankan tugasan kepimpinan dengan lebih berkesan. Gambar: Penutup: Secara keseluruhannya, Bengkel Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pemimpin murid dalam memahami tanggungjawab dan peranan mereka sebagai tonggak kepimpinan di sekolah. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi, kepimpinan berpasukan serta pengurusan diri. Mereka juga ...