Projek mengecat bilik JQAF SK Kuala Matu telah dijalankan oleh jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu dengan kerjasama semua guru Kafa SK Kuala Matu pada 8 Disember 2020 yang lalu. Projek yang berjaya diselesaikan dalam tempoh setengah hari ini memberikan suasana yang lebih ceria di dalam bilik JQAF. Semoga suasana ceria ini akan memberikan semangat untuk anak-anak SK Kuala Matu dalam menimba ilmu pada tahun hadapan. Ternyata wabak pandemik yang melanda dunia tidak pernah dijadikan alasan untuk berhenti memikirkan kepentingan dan keperluan demi untuk keselesaan suasana pembelajaran anak didik. Tahniah diucapkan kepada semua ahli panitia pendidikan islam dan guru Kafa atas usaha murni ini.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment