Seusai projek mengecat bilik JQAF SK Kuala Matu, Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu bersama semua guru Kafa SK Kuala Matu meneruskan pula projek mengecat surau pada 09 Disember 2020. Projek mengecat surau yang juga berjaya diselesaikan dalam tempoh setengah hari membuktikan kerjasama yang cukup baik di antara panitia pendidikan agama islam dan guru kafa SK Kuala Matu. Ini sejajar dengar slogan kata SK Kuala Matu iaitu 'pedepah pebayah'. Diharap kerjasama yang erat sebegini akan berterusan sampai bila-bila.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment