Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Shahrizal Rosli, murid Tahun 5, SK kuala Matu atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah dan Naib Johan Peringkat Negeri Zon Tengah 2. Tahniah dan Syabas juga buat semua pihak yang bertungkus lumus dalam kejayaan ini terutamanya, Cikgu Khairul Ewan Bin Hassim, Ustaz Ayuphan Bin Mahdi, Cikgu Roziha Binti Mejri dan Cikgu Nur Fadzillah Binti Wahab. Tidak lupa juga sokongan dari semua segi daripada warga sekolah dan komuniti PIBG SK Kuala Matu #pedepahpebayah
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment