Skip to main content

BENGKEL CELIK MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU MELALUI KAEDAH FONIK PRASEKOLAH

NAMA PROGRAM :
BENGKEL CELIK MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU MELALUI KAEDAH FONIK ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SK KUALA MATU DAN PRASEKOLAH SK KUALA MATU

TARIKH: 
20 MARCH 2021


KEHADIRAN/PENGLIBATAN :
1)Puan Dayang Nur Fasihah Binti Awang Zaidi (Fasilitator / Guru Prasekolah SK Kuala Matu)
2) Puan Nur Fadzillah Binti Wahab ( Ketua Panitia Bahasa Melayu)
3) 2 Orang guru panitia Bahasa Melayu SK Kuala Matu
2) Puan Jaharah Binti Rapli (PPM Prasekolah SK Kuala Matu)
3)13 Orang Ibu bapa penjaga Prasekolah


PENGISIAN PROGRAM:
- Perkongsian penggunaan kaedah fonik dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran membaca oleh Guru Prasekolah SK Kuala Matu untuk semua ibu bapa penjaga prasekolah SK Kuala Matu. Perkongsian ini merupakan satu inisiatif khas untuk memperkenalkan kaedah fonik kepada ibu bapa penjaga prasekolah agar mereka boleh mempraktikkan  kaedah fonik ini bagi membantu anak-anak mereka belajar membaca rumah. Moga kerjasama yang jitu antara guru dan ibu bapa penjaga prasekolah ini dapat menyumbang kepada kemenjadian murid seperti yang termaktub dalan halatuju sekolah TS25.

GAMBAR/VIDEO :









Comments

  1. Syabas. Teruskan usaha baik ini. Semoga PPD Daro sentiasa ke depan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SK KUALA MATU :SALAM TAKZIAH CIKGU ZAKWAN

Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

SJK CHUNG HUA MATU : SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU)

  Nama Sekolah: SJK CHUNG HUA MATU Nama Program / Intervensi: SESI PLC BAHASA CINA (TEACHER SHARING SESSION / SESI PERKONGSIAN GURU) Mata Pelajaran (jika ada): BAHASA CINA SEKOLAH RENDAH Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 02/04/2024 Kumpulan Sasaran: SEMUA GURU BAHASA CINA DAN GURU PRASEKOLAH Pengisian Program / Intervensi: 1. Mengenalpasti kelemahan dalam penguasaan Bahasa Cina. 2.Perbincangan punca-punca menyebabkan kelemahan tersebut. 3.Menetapkan program intervensi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Gambar / Video: Penutup: Semoga program intervensi yang telah ditetapkan dalam sesi PLC ini dapat membantu murid-murid menguasai serta membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Cina Disediakan oleh: Kevin Wong Chung Kiat Penyelaras Website

INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK SMK MATU

SMK MATU INTERVENSI MINGGUAN PANITIA MATEMATIK Intervensi ini merupakan Intervensi mingguan yg diadakan setiap pagi hari Khamis dari jam 0640 - 0700. Ini bertujuan untuk mengisi masa terluang sebelum mulanya PdPC. Intervensi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Intervensi untuk Menengah rendah dan Intervensi untuk Menengah atas.  Bagi Menengah rendah, Intervensinya adalah "Bijak Sifir". Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mahir dalam Sifir. Malahan ada pelajar masih tidak hafal Sifir yang iaitu Sifir 2. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk pelajar Menengah rendah untuk mengasah hafalan Sifir mereka. Sifir merupakan tunjang kepada subjek Matematik. Tanpa Sifir, sukar untuk menguasai subjek Matematik.       Intervensi Menengah Rendah Bagi Menengah atas pula, Intervensinya adalah "1soalan 1tingkatan". Program ini lebih kepada pendedahan pelajar kepada soalan peperiksaan awam iaitu soalan spm di mana pelajar akan diberi satu soalan untuk sa...