Bermula tahun ini, perekodan nilam untuk SKCD akan menggunakan kaedah IQ Nilam. Hal ini demikian memudahkan lagi perekodan data nilam murid. selain itu, kita juga dapat mengamalkan program 'save the tree' iaitu penjimatan kertas. Program IQ Nilam ini juga selaras dengan dunia teknologi dan mesra pengguna. Murid boleh merekod data nilam menggunakan telefon pintar ataupun komputer riba.
Pada 8 Oktober 2020 yang lepas, warga SK KUALA MATU telah menerima perkhabaran kehilangan ayahanda kepada Cikgu Mohammad Zakwan Bin Mat Zaki. Warga SK Kuala Matu mengucapkan salam takziah buat Cikgu Mohammad Zakwan dan seisi keluarga. Sehubungan dengan itu, warga SK Kuala Matu turut mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan. Moga roh ayahanda Cikgu Mohammad Zakwan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment