Nama Sekolah: SK Kg Tekajong
Nama Program / Intervensi: Sambutan Hari Guru dan Ramah Tamah Aidilfitri 2022
Mata Pelajaran: -
Tarikh Pelaksanaan Program / Intervensi: 17 Mei 2022 (Selasa)
Kumpulan Sasaran: Semua warga SK Kg Tekajong dan komuniti kampung
Pengisian Program / Intervensi:
1. Program ini merupakan inisiatif dalam mewujudkan semangan kekeluargaan yang kukuh dan amalan saling menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2. Program ini juga bertujuan untuk mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain walaupun berlainan pangkat, agama, dan bangsa.
3. Sambutan Hari Guru pada tahun ini turut dimeriahkan dengan program ramah tamah Aidilfitri yang diharapkan dapat menerapkan integrasi kaum dalam hidup bermasyarakat.
Gambar / Video:
Penutup:
Diharapkan agar Program Sambutan Hari Guru dan Ramah Tamah Aidilfitri ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam menghayati dan dan mengamalkan segala amalan yang afdhal serta keutuhan hidup berkomuniti. Selain itu, semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga SK Kg Tekajong dan menjalinkan silaturahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyallah.
Disediakan oleh:
Cik Mazni Binti Anuar (Setiausaha PIBG SKTD Sesi 2020/2022)
0 Comments