SK HIJRAH BADONG DARO. - SAMBUTAN HARI RAYA DAN PRA GAWAI BERSAMA MURID ASRAMA - 25 MEI 2022.

 

  TAJUK :  SAMBUTAN HARI RAYA DAN PRA GAWAI BERSAMA MURID ASRAMA SKHBD 

TARIKH : 25 MEI 2022

TEMPAT : ASRAMA MURID SK HIJRAH BADONG

Sambutan Hari raya dan Pra Gawai telah diadakan di Asrama Sekolah Kebangsaan Hijrah Badong. Semua guru, anggota kumpulan pelaksana dan semua murid asrama telah dijemput hadir bagi memeriahkan suasana majlis. 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asyraf dan kemudia diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Fly Kenyalang Fly dan Lagu Sekolah. 

Puan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Kemudian, aktiviti berlangsung. Aktiviti yang pertama adalah aktiviti Pertandingan Nyanyian Lagu Raya dan Lagu Gawai Dayak. Pemenang bagi pertandingan ini telah mendapat hadiah istimewa. Manakala semua murid yang mengikuti pertandingan ini, tidak kirang menang atau tidak, telah diberikan hadiah berupa bunga coklat.

Semoga dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga sekolah.


Keadaan awal semasa majlis bermula.



Gambar sajian yang disajikan dan anak-anak sedang menyanyikan lagu-lagu. 

Guru-guru sedang menyanyikan lagu-lagu.



Bacaan doa oleh Ustaz Asyraf.


Ucapan oleh Puan Guru Besar.

Nyanyian lagu oleh peserta. 

Nyanyian lagu oleh peserta. 

Nyanyian lagu oleh peserta. 



Para juri pertandingan menyanyi.


Penyampaian hadiah buat Puan Manisah, Yang Dipertua PIBG sekolah.

Penyampaian hadiah kepada pemenang. 




Anak-anak mengambil makanan.

Semoga dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga sekolah.

Post a Comment

0 Comments