Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

SK KAMPUNG SAWAI: KEM KEPIMPINAN PELAJAR

 TARIKH PELAKSANAAN: 26 - 27 JULAI 2022 Penbinaan sahsiah murid perlulah dididik dari awal dan dibimbing dengan sebaiknya. Mengambil langkah penerapan jiwa pemimpin, Sk Kampung Sawai telah melaksanakan satu program iaitu Kem Kempimpinan Pelajar yang melibatkan seramai 27 orang murid tahap dua yang memegang jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kem kepimpinan ini telah dilaksanakan selama 2 malam 1 hari   bermula pada 26 sehingga 27 Julai. Menurut penyelaras kem ini iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Rosina binti Tomick, tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memupuk jiwa pemimpin dalam diri murid serta menanam sikap bersedia untuk menerima segala tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh amanah dan berdisiplin. Antara pengisian sepanjang kem tersebut adalah ice-breaking , explorace , pemimpin muda, burung hantu dan pelbagai lagi. Tuntasnya, kem ini telah berjalan dengan lancar dan banyak memberi impak positif da...

SK CAMPORAN : PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

Kempen Sayangi Buku Teks dilaksanakan untuk menyemai rasa bertanggungjawab akan buku teks sekolah.  Kempen ini dilaksanakan juga untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada murid-murid akan cara menjaga buku teks.  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ialah Taklimat Penjagaan Buku Teks, Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Bukui Teks, dan banyak lagi.

SK KAMPUNG SAWAI: PENYERTAAN PERTANDINGAN KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN PPERINGKAT DAERAH DARO (BERCERITA TAHAP 2)

TARIKH PELAKSANAAN: 18 JULAI 2022 KUMPULAN SASARAN: Semua Murid Tahap 2 1. Taklimat telah diadakan bagi memberi maklumat berkenaan pertandingan kepada murid tahap 2 SK Kampung Sawai. 2. Pelajar yang menunjukkan minat diberi pendedahan bagaimana cara untuk menyampaikan cerita supaya nampak lebih menarik dan bermakna. 3. Keputusan pertandingan menyaksikan murid tahun 6 dari SK Kampung Sawai berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Bercerita Tahap 2 (KODAO). Aktiviti ini dapat memberi satu pembelajaran yang baharu kepada murid dalam bidang pengucapan awam. Selain itu, aktiviti ini menjadikan seseorang murid tampak lebih berani dan yakin apabila diberi peluang untuk berucap di hadapan khalayak ramai dan pada masa yang sama dapat menonjolkan bakat yang terpendam.

SK KAMPUNG SAWAI: PENILAIAN UJIAN SEGAK FASA 1

TARIKH PELAKSANAAN: 14 JULAI 2022 KUMPULAN SASARAN: MURID TAHAP 2 Pada minggu lepas, sekolah telah mengadakan penilaian SEGAK fasa pertama bertempat di dewan utama Sk Kampung Sawai. Penilaian ini meliputi ukuran tinggi dan berat, pengiraan kadar denyutan nadi dan ketahanan anggotan badan dalam melakukan aktiviti yang telah disediakan. Seramai 31 orang murid yang terlibat telah melakukan penilaian dengan baik serta dibantu oleh 4 orang guru yang bertugas. Menurut Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Magdeline, penilaian ini dilakukan adalah untuk menilai kecergasan pelajar dan sejauh mana pelajar tersebut dapat bergerak aktif dengan cemerlang. Penilaian ini telah memberi semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pelajar. Menyahut seruan menteri Pendidikan yang mahu melahirkan murid yang aktif dalam pelbagai bidang, penilaian ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengetahui potensi keaktifan dan kecergasan murid serta mewujudkan suasana kesukanan yang sihat.

SK ORANG KAYA MUDA PAKERI PALOH, DARO - WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER 2022

NAMA SEKOLAH : SK ORANG KAYA MUDA PAKERI NAMA PROGRAM : WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM : 18 JULAI 2022 KUMPULAN SASARAN : PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PENGISIAN PROGRAM :  1.  Melantik Pengawas , Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas serta Penolong ketua kelas sebagai Organisasi Kepimpinan Sekolah. 2. Mengumumkan barisan peneraju utama Pengawas Sekolah. 3. Memperkenal barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas.   GAMBAR :  PENUTUP : Program Watikah Pelantikan Pengawas sesi 2022/2023 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan untuk mengiktiraf murid yang terpilih sekaligus untuk menaikkan semangat semua pengawas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Semoga semua pengawas dapat menjalankan tugasan dengan penuh rasa yakin dan semangat.  DISEDIAKAN OLEH :  UNIT HAL EHWAL MURID...

SK BAYANG : BENGKEL TS25 MODUL 6

TARIKH : 13-14 JULAI 2022 (RABU - KHAMIS) MASA : 2.00 - 5.00 PETANG PENGLIBATAN : SEMUA GURU