SK KAMPUNG SAWAI: PENILAIAN UJIAN SEGAK FASA 1

TARIKH PELAKSANAAN: 14 JULAI 2022

KUMPULAN SASARAN: MURID TAHAP 2

Pada minggu lepas, sekolah telah mengadakan penilaian SEGAK fasa pertama bertempat di dewan utama Sk Kampung Sawai. Penilaian ini meliputi ukuran tinggi dan berat, pengiraan kadar denyutan nadi dan ketahanan anggotan badan dalam melakukan aktiviti yang telah disediakan.

Seramai 31 orang murid yang terlibat telah melakukan penilaian dengan baik serta dibantu oleh 4 orang guru yang bertugas. Menurut Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Magdeline, penilaian ini dilakukan adalah untuk menilai kecergasan pelajar dan sejauh mana pelajar tersebut dapat bergerak aktif dengan cemerlang.

Penilaian ini telah memberi semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pelajar. Menyahut seruan menteri Pendidikan yang mahu melahirkan murid yang aktif dalam pelbagai bidang, penilaian ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengetahui potensi keaktifan dan kecergasan murid serta mewujudkan suasana kesukanan yang sihat.












Post a Comment

0 Comments