TARIKH PELAKSANAAN: 2 JULAI 2022
KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID DAN GURU SK KAMPUNG SAWAI
Program
mentor mentee adalah satu inisiatif sekolah untuk membantu dan membimbing murid
untuk mengesan potensi dan menanam keyakinan diri untuk terus cemerlang dalam
pembelajaran. Sejajar dengan matlamat tersebut, Sk Kampung Sawai telah
mengadakan program Mentor Mentee untuk membantu dengan lebih dekat murid yang
terpilih dalam pembelajaran mereka. Seramai 11 orang murid telah dipilih dan
masing-masing dijaga oleh mentor yang telah ditetapkan.
Dalam masa
yang sama, program nilam telah melaksanakan pelancaran Minggu Nilam peringkat
sekolah. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Encik Ian bin Felix
Arip dan diiringi oleh YDP PIBG iaitu Puan Yastie Anak mat. Menurut amanat yang
telah disampaikan guru besar, galakan membaca buku amat ditekankan dalam
kalangan murid agar mudah mengenal dunia sekaligus dapat menguasai apa sahaja
bidang yang diminati.
Kedua-dua
program ini telah disambut baik oleh para murid dan sekaligus dapat
merapatkan lagi hubungan guru dengan murid. Mengambil saranan menteri
pendidikan yang mahu melahirkan suasana sekolah yang harmoni dan
berkasih-sayang, Sk Kampung Sawai telah berjaya mewujudkan suasana ini dengan
pendekatan program yang telah dijalankan.
0 Comments